Lebih 25% Kod Pengaturcaraan Baharu Di Google Kini Dijana Oleh Kecerdasan Buatan

TechnologyDigital
30 Oct 2024 • 7:23 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google hari ini berkongsi sejumlah perkembangan syarikat mereka, termasuk dengan fokus terhadap kecerdasan buatan. Model dibawah mereka, Gemini sedia mempunyai angka pengguna yang tinggi, dan telah mula diintegrasikan pada pelbagai produk Google seperti GMail, Android dan Google Maps.

Menariknya, pada perkongsian sama, Google berkongsi mengatakan mereka telah menambah-baik proses pengaturcaraan dalam syarikat mereka, dimana kini lebih satu per empat atau 25% daripada kod baharu di Google, dijana oleh kecerdasan buatan – dan seterusnya disemak dan disahkan oleh jurutera.

Langkah ini dikatakan mempercepatkan pelbagai tugasan, selain membolehkan para jurutera membuat lebih banyak perkara dengan pantas.

Tidak mustahil kita melihat implementasi dan penggunaannya dalam tugasan termasuk pengaturcaraan terus meningkat pada tahun-tahun akan datang.