OpenAI Dilaporkan Ingin Melakukan Penyenaraian Awam IPO Pada Nilai Mencapai $1 Trilion

TechnologyBusiness & Finance
30 Oct 2025 • 2:19 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

OpenAI kini dilaporkan telah memulakan langkah awal dalam bersedia untuk menyenaraikan syarikat di bursa. Penyenaraian berkenaan dijangka meletakkan ia pada nilai mencapai $1 trilion, sekaligus menjadikan ia sebagai antara syarikat dengan nilai tinggi ketika penyenaraian awam.

OpenAI yang terkenal dengan penawaran ChatGPT dijangka melakukan penyenaraian seawal 2026 atau 2027 ini. Beberapa perkara mungkin berubah, berasaskan kepada perkembangan syarikat berkenaan dan juga keadaan pasaran.

Buat masa ini, OpenAI masih tidak menjana keuntungan, dan masih berbelanja tinggi dalam operasi syarikat mereka. Untuk tahun hadapan, OpenAi menyasarkan untuk memperkenalkan peranti pertama mereka, dan mungkin akan menjana pendapatan lebih tinggi melaluinya.

Untuk minggu ini sahaja, OpenAI telah selesai melakukan penstrukturan kembali, sekaligus melihat Microsoft mempunyai pegangan sekitar 27% poda syarikat berkenaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved