OpenAI Ingatkan Pengguna Untuk Pindahkan Perbualan ChatGPT Di WhatsApp – Sokongan Di WhatsApp Akan Ditamatkan Pada Januari 2026

Technology
27 Nov 2025 • 10:55 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

OpenAI sedia memaklumkan para pengguna sebelum ini, yang mana perkhidmatan sokongan ChatGPT melalui WhatsApp akan ditamatkan pada 15 Januari 2026. Penamatan ini adalah selari perubahan pada terma perkhidmatan WhatsApp.

Dengan perubahan ini, kini OpenAI menawarkan kemudahan untuk pengguna ChatGPT di WhatsApp untuk pindahkan data perbualan mereka ke perkhidmatan ChatGPT utama.

image is not available
ChatGPT pada WhatsApp

Untuk melakukannya, anda hanya perlu memuat-turun aplikasi ChatGPT pada Android atau iOS, dan seterusnya mendaftar akaun. Selesai mendaftarkan akaun, pengguna boleh pautkan akaun di WhatsApp – dimana anda hanya perlu membuka akaun ChatGPT di WhatsApp, dan klik pada pautan di sana.

Sebaik sahaja diklik, ia akan pautkan nombor telefon anda ke akaun ChatGPT, sekaligus mengimport sejarah perbualan anda bersama ChatGPT di WhatsApp, untuk rujukan anda pada masa akan datang.