OpenAI Kini Mengaktifkan Akses GPT-6 Astra Untuk Semua Pelanggan ChatGPT Plus dan Pro

TechnologyDigital
5 Sep 2026 • 3:17 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

OpenAI Kini Mengaktifkan Akses GPT-6 Astra Untuk Semua Pelanggan ChatGPT Plus dan Pro

Selang sehari selepas memperkenalkan GPT-6 Astra, kini pihak OpenAI telah mula mengaktifkan akses kepada model terbaru tersebut untuk semua pelanggan berbayar bagi pelan ChatGPT Plus dan Pro. Dengan penawaran ini, ia sekaligus membolehkan pengguna pelan berbayar ChatGPT untuk mengakses model paling berkuasa berkenaan.

GPT-6 Astra digambarkan sebagai permulaan awal untuk AGI, membolehkan ia beroperasi lebih pintar dan cerdas berbanding model sebelum ini. OpenAI mengatakan telah melatihnya menggunakan lebih 100,000 GPU, dan ia menunjukkan prestasi sangat baik dalam arena pengaturcaraan, keselamatan siber, penaakulan, dan juga untuk tugasan berbentuk AI berejen.

Pengguna boleh menetapkan ia melakukan sejumlah tugasan rentas aplikasi, dan ia akan dapat melakukannya dengan baik berbanding sebelum ini. Namun, salah satu kekurangan pada model ini adalah ia tidak memaparkan proses pemikiran sepenuhnya bagi membolehkan anda mengaudit kerjar GPT-6 Astra.

Bagi anda yang menggunakan pelan ChatGPT Plus dan ChatGPT Pro, boleh mengakses model ini bermula hari ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved