OpenAI Mengumumkan Model Baharu GPT-6 Astra – Mengatakannya Sebagai Permulaan Untuk Era AGI

TechnologyDigital
4 Sep 2026 • 2:53 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

OpenAI Mengumumkan Model Baharu GPT-6 Astra – Mengatakannya Sebagai Permulaan Untuk Era AGI

OpenAI hari ini mengumumkan model kecerdasan buatan janaan terbaru mereka, dinamakan GPT-6 Astra, dan mengatakannya sebagai model paling pintar dan cerdas di dunia buat masa ini. Model ini juga digambarkan sebagai permulaan awal untuk era AGI yang diperkatakan ramai, dimana kecerdasan buatan menyamai atau mengatasi tahap manusia.

Image from: OpenAI Mengumumkan Model Baharu GPT-6 Astra – Mengatakannya Sebagai Permulaan Untuk Era AGI

GPT-6 Astra dilatih menggunakan lebih 100,000 GPU, sekaligus menjadikannya antara proses latihan terbesar dilakukan buat masa ini. Model ini dikatakan menawarkan prestasi yang sangat baik dalam penaakulan, pengaturcaraan, keselamatan siber, mahupun untuk melakukan tugasan berbentuk AI berejen.

Model GPT-6 Astra juga boleh melakukan tugasan, dan bertanyakan soalan kepada pengguna – dan sementara pengguna memberikan jawapan, ia akan meneruskan tugasan lain berkaitan di latar, sementara menantikan jawapan – berbeza dengan sebelum ini, dimana ia akan berhenti sepenuhnya.

Menurut pihak OpenAI, GPT-6 Astra mungkin kadang-kala tidak memperlihatkan proses pemikiran sepenuhnya (yang mana anda boleh lihat proses pemikiran sesuatu model sebelum ia memaparkan hasil akhir). Beberapa pihak tidak menyukai perubahan ini kerana akan melakukan proses mengaudit kecerdasan buatan ini lebih sukar.

OpenAI turut menyatakan GPT-6 Astra mungkin menggunakan token yang lebih rendah untuk beberapa tugasan berbanding sebelum ini – disebabkan kemampuan model berkenaan boleh melaksanakan tugasan dengan langkah yang kurang, atau dengan lebih pantas. Pihak OpenAI turut menyatakan beberapa tugasan manusia boleh dilakukan oleh Astra dengan lebih pantas lagi.

Walaupun dilancarkan hari ini, namun GPT-6 Astra masih dihadkan akses kepada pelanggan terpilih di bawah pelan OpenAI Daybreak. Penawaran untuk pengguna pelan Plus, Pro, dan lain-lain dijangka dilakukan dalam masa beberapa hari atau minggu lagi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved