OpenAI Perketat Keselamatan, Model AI Astra Diperkenalkan

Technology
2 Sep 2026 • 12:00 PM MYT
Intraday
Intraday

Media Pasaran Kewangan No.1 dalam Bahasa Malaysia

OpenAI Perketat Keselamatan, Model AI Astra Diperkenalkan

OpenAI, syarikat yang memperkenalkan ChatGPT, bakal melancarkan model kecerdasan buatan (AI) baharu yang dikenali sebagai Astra selepas memperketat ciri keselamatan susulan insiden pencerobohan siber yang melibatkan model AI lain ketika dalam ujian.

OpenAI sebelum ini menghentikan sementara sebahagian pembangunan modelnya selama dua minggu pada musim panas lalu selepas dua model yang sedang diuji terlibat dalam insiden keselamatan membabitkan syarikat perisian Hugging Face. 

Walaupun Astra tidak terlibat dalam kejadian tersebut, OpenAI berkata langkah keselamatan untuk model baharu itu telah diperkukuh.

Keselamatan Siber Diperketatkan

OpenAI melatih Astra supaya lebih berkesan menolak arahan yang boleh digunakan untuk melakukan aktiviti siber berbahaya. 

Syarikat itu turut menambah perlindungan bagi mengelakkan penyalahgunaan serta sistem pemantauan yang boleh mengesan dan menghentikan aktiviti yang mencurigakan.

Astra juga dikategorikan sebagai model yang mencapai tahap ‘ancaman siber kritikal’, bermaksud model itu mempunyai keupayaan untuk mencari dan mengeksploitasi kelemahan dalam sistem keselamatan siber.

Akses Astra Akan Dihadkan

Apabila dilancarkan nanti, beberapa keupayaan Astra akan dihadkan. Fungsi paling canggih pula hanya akan diberikan kepada kumpulan kecil penguji awal bagi memastikan model tersebut selamat sebelum penggunaannya diperluaskan.

Langkah ini dibuat ketika kebimbangan terhadap kemampuan AI semakin meningkat. Beberapa model AI daripada OpenAI dan syarikat lain turut terlibat dalam insiden keselamatan ketika proses ujian, walaupun model berkenaan belum ditawarkan kepada orang ramai.

OpenAI berkata langkah keselamatan yang lebih ketat diperlukan kerana serangan siber yang menggunakan AI dijangka menjadi semakin meluas dan canggih apabila teknologi ini terus berkembang.


HUSTLE24HOUR kini dibuka!

Mulakan perjalanan anda untuk memahami fundamental, sentimen pasaran dan teknik Moshed Magic Line bersama Tuan Moshed serta komuniti HUSTLE24HOUR.

👉 Daftar sekarang di HUSTLE24HOUR.COM  

HUSTLE24HOUR ialah program pendidikan dan bukan khidmat nasihat kewangan atau jaminan keuntungan. Perdagangan instrumen kewangan melibatkan risiko yang tinggi. 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved