OpenAI Membatalkan Pula Chatbot Mod Dewasa Selepas Sora Ditamatkan

TechnologyDigital
26 Mar 2026 • 7:59 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tahun lalu Sam Altman menyatakan hasrat menawarkan mod perbualan lebih dewasa menggunakan ChatGPT. Walaupun belum dilancarkan, OpenAI menerima kritikan kerana mod sama yang ditawarkan oleh Meta menyebabkan pengguna bawah umur terdedah kepada kandungan yang tidak sepatutnya.

image is not available

Kini OpenAI membatalkan perancangan menawarkan chatbot kandungan dewasa menurut laporan Financial Times. OpenAI ingin memberikan tumpuan kepada perkhidmatan teras dan yang diperlukan oleh pelanggan perniagaan. Walaupun belum diumumkan secara rasmi, ini akan menjadikannya produk kedua dibatalkan selepas Sora yang telah dihentikan semalam.

Ini mungkin adalah penyelarasan semula fokus OpenAI yang kehilangan pelanggan kepada Gemini dan Claude sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Dengan Google dan Meta baru sahaja didapati bertanggungjawab menyebabkan ketagihan media sosial dan pendedahan pengguna bawah umur kepada bahaya kandungan seksual, sekarang bukan waktu terbaik menawarkan produk dewasa.