
OpenAI sebelum ini sedia menawarkan perkhidmatan penjanaan video melalui aplikasi dinamakan Sora. Terbaru, ia dilaporkan OpenAI merancang untuk terus memperkenalkan Sora pada ChatGPT secara terbina, sekaligus akan memudahkan pengguna menjana video terus pada platform kecerdasan buatan janaan berkenaan.
Pada hari ini, ChatGPT sedia menawarkan kemudahan penjanaan teks dan gambar secara terbina. Dengan integrasi berkenaan kelak, pengguna boleh memberikan arahan teks, dan ia akan menjana video yang berkaitan dengannya.
Sebelum ini, Sora sedia ditawarkan sebagai aplikasi berasingan. Selain OpenAI, beberapa pihak turut menawarkan aplikasi penjanaan video masing-masing, termasuk Meta, Google, dan juga Bytedance.



