Disney Batalkan Pelaburan $1 bilion Ke Dalam OpenAI

TechnologyBusiness & Finance
25 Mar 2026 • 7:18 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Disney membatalkan pelaburan $1 bilion ke dalam OpenAI bagi menggunakan teknologi Sora selepas model kecerdasan buatan (AI) generatif ini dihentikan hari ini. Pelaburan diumumkan pada Disember tahun lalu sebagai sebahagian penyelesaian kepada isu pelanggar harta intelek Disney oleh Sora. Beberapa watak Disney juga dilesenkan kepada Sora membolehkan ia dijana oleh pengguna.

image is not available

Walaupun Sora tular dengan jumlah pengguna yang tinggi, tidak ramai pengguna yang melakukan langganan. OpenAI dilaporkan menanggung kerugian $15 juta sehari kerana video dijana secara percuma. Sora ialah produk pertama dihentikan oleh OpenAI.

Dengan tekanan ekonomi disebabkan konflik Timur Tengah serta OpenAI melakukan pelaburan besar membina pusat data, terus membakar duit menerusi Sora mungkin bukan pilihan terbaik. Minggu ini muncul laporan OpenAI akan memberikan fokus kepada pelanggan perusahaan dan aplikasi produktiviti bagi meningkatkan pendapatan.