
OpenAI kini dilaporkan memfailkan permohonan kepada hakim dalam meminta kes saman Apple terhadap OpenAI digugurkan. OpenAI mengatakan tuduhan Apple terhadap mereka tidak berasas.
Sebelum ini, Apple telah memfailkan saman mengatakan OpenAI mencuri rahsia dagangan melalui bekas pekerja Apple. Permohonan OpenAI ini dilakukan selepas pada penghujung minggu OpenAI berkongsi lanjut serta mendakwa Apple memutar pelbagai fakta dalam ke saman berkenaan.

OpenAI menekankan yang mana mereka tidak memerlukan sebarang rahsia dagangan Apple, kerana mereka sedang membangunkan sesuatu yang serba baharu dan berbeza dengan apa yang sedia ditawarkan Apple.
OpenAI meminta kes ini digugurkan dan tidak diteruskan. Apple tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan hal ini buat masa ini.
Untuk makluman, kedua-dua pihak sebelum ini sedia bekerjasama dalam penawaran perkhidmatan kecerdasan buatan janaan, mengintegrasikan sokongan ChatGPT pada produk Apple seperti iOS, iPadOS dan juga macOS.




