
Apple mengumumkan laporan kewangan mereka untuk Q3 tahun fiskal 2026 yang lalu dengan jualan majoriti produk mereka mencatatkan peningkatan walaupun harga dinaikkan. Suku lalu Apple mencatatkan pendapatan $109.4 bilion dan keuntungan $29.8 bilion. Daripada jumlah ini iPhone menyumbang pendapatan terbesar 49.6% diikuti oleh perkhidmatan (28.1%), Mac (9.5%), Wearable/Home/Aksesori (7.2%) dan iPad (5.7%).

Walau ekonomi dunia yang masih belum stabil, jualan iPhone meningkat 21.7% berbanding suku sama tahun lalu. Mac meningkat 28.7% tetapi iPad susut 5.9%. Secara keseluruhan pendapatan Apple naik 16.4% berbanding suku sama tahun lalu.
Sungguhpun laporan kewangan suku lalu adalah positif, Tim Cook menyatakan Apple menghadapi kekangan bekalan yang signifikan, terutama dalam teknologi pembuatan cip lanjutan untuk Apple Silicon. Kekurangan ini memberi impak kepada produk seperti MacBook Neo dan MacBook Pro, walaupun jualan Mac meningkat. Impak rantaian bekalan ini akan mula dilihat bermula September akan datang.




