OpenAI Sedang Membangunkan Cermin Mata, Speaker, dan Pin Pintar

TechnologyDigital
20 Sep 2025 • 8:37 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

OpenAI sebelum ini mengesahkan mereka sedang membangunkan sebuah peranti kecerdasan buatan (AI) yang bukannya sebuah telefon pintar. Bagi merealisasikan impian menghasilkan perkakasan sendiri, OpenAI mengambil alih syarikat io milik Jony Ive.

image is not available
OpenAI

Dalam laporan terkini The Information, OpenAI kini dilaporkan sedang membangunkan speaker pintar tanpa skrin sebagai produk pertama. Kontrak dengan Luxshare dan Goertek telahpun ditandatangani sebelum pengeluaran dimulakan. Kedua-dua syarikat adalah pembekal kepada beberapa produk keluaran Apple.

Selepas speaker pintar, OpenAI sedang mempertimbangkan untuk menghasilkan cermin mata, perakam audio dan pin pintar. Segmen cermin mata pintar akan menjadi semakin hangat tahun depan dengan Meta kini di hadapan tetapi bakal dikejar Samsung dengan Apple juga dipercayai berminat menawarkannya. Produk AI fizikal pertama OpenAI dijangka dilancarkan penghujung 2026 atau awal 2027.

Beberapa produk AI pertama seperti AI Pin dan Rabbit R1 kesemuanya gagal beberapa bulan selepas dilancarkan kerana isu dengan perkakasan serta perisian yang kurang memuaskan. Meta menunjukkan pasaran untuk cermin mata AI wujud lebih sedekad selepas Google Glass dihentikan.