
Yang dinantikan akhirnya tiba pagi tadi dengan OpenAI mengumumkan mereka telah memfailkan penyenaraian tawaran awam permulaan (IPO) mereka. OpenAI tidak mendedahkan saiz atau terma IPO, dan menyatakan proses mungkin mengambil masa. Laporan sebelum meramalkan penilaian sehingga $1 trilion dengan ia dilakukan seawal September depan.

Ketiga-tiga Triniti syarikat kecerdasan buatan (AI) besar dunia iaitu OpenAI, Anthropic dan SpaceX kini telah memfailkan hasrat IPO mereka. Dana yang dikumpul kelak akan membolehkan syarikat terus mengembangkan operasi khususnya untuk membina lebih banyak pusat data bagi menampung. kapasiti.
OpenAI mempunyai aplikasi chatbot dengan 1 bilion pengguna bulanan dengan ia adalah yang terpantas mencapai angka besar ini. Minggu ini muncul laporan OpenAI dalam proses mengemaskini antaramuka ChatGPT bagi menjadikannya sebuah aplikasi super untuk mengakses pelbagai lagi perkhidmatan berbayar OpenAI. Ini dilakukan bagi meningkatkan jumlah pelanggan berbayar serta bersaing lebih agresif dengan Anthropic





