X Mempunyai 550 Juta Pengguna Aktif Bulanan, 117 Pengguna Aktif Untuk Grok AI

TechnologyDigital
21 May 2026 • 11:44 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

X Mempunyai 550 Juta Pengguna Aktif Bulanan, 117 Pengguna Aktif Untuk Grok AI

SpaceX kini telah memfailkan hasrat untuk penyenaraian awam syarikat berkenaan. Hal ini sekaligus mendedahkan sejumlah perkara dibawah syarikat berkenaan kepada umum, termasuk melibatkan xAI, iaitu syarikat yang menguruskan media sosial X dan juga perkhidmatan kecerdasan buatan janaan Grok.

Melalui data yang didedahkan, pada bulan Mac 2026 yang lepas, X mempunyai sekitar 550 juta pengguna aktif bulanan. Disamping itu, xAI turut mencatatkan seramai 117 juta pengguna aktif bulanan untuk ciri Grok AI. Ini sekaligus memperlihatkan sekitar 1/5 daripada pengguna X menggunakan perkhidmatan Grok.

SpaceX dijangka akan terus melakukan pelaburan tinggi dalam pembangunan kecerdasan buatan janaan. Dari segi perbelanjanaan, xAI dilihat mengalami kerugian sebanyak $6.4 bilion pada 2025 yang lepas.

Grok boleh dikatakan masih jauh ketinggalan dari segi penggunaan dan keupayaan berbanding penyedia perkhidmatan lain. Mendahului dalam arena kecerdasan buatan adalah OpenAI dan Google, masing-masing menyatakan mempunyai lebih 900 juta pengguna aktif bulanan.