Sea kini mengumumkan kerjasama strategik bersama OpenAI, sekaligus akan memperlihatkan integrasi sokongan kecerdasan buatan rentas produk-produk Shopee untuk pasaran Asia Tenggara dan Brazil.

Sea menyatakan kerjasama ini akan melibatkan integrasi inovasi berasaskan AI pada produk edagang mereka khususnya melalui Shopee. Selain itu, Sea juga akan memperkayakan pembangunan melalui penggunaan Codex.
Kerjasama ini juga akan menawarkan perkhidmatan seperti ChatGPT for Business untuk para penjual dibawah ekosistem Shopee, sekaligus memperkayakan mereka dengan garis kerja yang lebih produktif, selain mengautomasikan pelbagai operasi perniagaan.
Pada masa yang sama, pengguna juga kini boleh mengakses Shopee terus melalui ChatGPT, selain turut menerima langganan ChatGPT untuk pengguna Shopee VIP.



