OpenAI Umum Model GPT-4 Turbo – Boleh Memproses Prom Sepanjang 300 Muka Surat

TechnologyDigital
7 Nov 2023 • 10:46 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

OpenAI mengadakan acara DevDay pertama mereka hari ini untuk pembangun serta mengumumkan beberapa produk baharu kecerdasan buatan (AI) mereka. Yang menarik perhatian pagi ini ialah model baharu GPT-4 Turbo yang merupakan penambahbaikan kepada GPT-4 yang diumumkan pada Mac lalu.

image is not available

GPT-4 Turbo mempunyai kemampuan memproses 128,000 token konteks serentak yang bersamaan dengan prom sepanjang 300 muka surat. Ia turut telah dilatih dengan data lebih terkini sehingga April 2023. Dengan kapasiti lebih tinggi ini, OpenAI juga mengatakan kos input untuk setiap token telah dikurangkan tiga kali ganda manakala kos output untuk setiap token pula berkurangan dua kali ganda.

Pada waktu ini GPT-4 Turbo boleh diuji oleh pembangun sahaja pada waktu ini dengan perancangan untuk menawarkannya kepada pelanggan berbayar dalam masa beberapa minggu sahaja lagi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved