OpenAI Umumkan GPT Yang Membolehkan Sesiapa Sahaja Membangunkan ChatGPT Sendiri

TechnologyDigital
7 Nov 2023 • 11:33 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

OpenAI GPT-4 ialah model kecerdasan buatan (AI) dengan 1.76 trilion parameter yang menjadikannya yang paling berkuasa di pasaran sekarang. Tetapi tidak semua perisian memerlukan model dengan parameter yang besar ini. Oleh itu di OpenAI DevDay pagi ini, OpenAI mengumumkan GPT yang membolehkan pelanggan membangunkan ChatGPT sendiri untuk kegunaan peribadi atau produk yang dihasilkan.

image is not available

GPT yang dihasilkan ini kemudiannya boleh membantu tugasan di rumah, tempat kerja, menjadi tutor dan menghasilkan kraftangan menurut perimeter yang dipilih sendiri oleh pengguna. Menurut OpenAI, pelanggan ChatGPT Plus dan Enterprise yang membangunkan ChatGPT mereka sendiri tanpa pengetahuan pengaturcaraan. ChatGPT yang dibangunkan sendiri ini kemudiannya boleh dijual kepada pengguna lain menerusi stor yang sedang dibangunkan.

Dengan GPT OpenAI memberikan ruang kepada komuniti pengguna untuk menghasilkan kecerdasan sendiri yang menyasarkan penggunaan yang lebih khusus kepada tugasan tertentu sahaja.