OpenClaw sedia menempa nama beberapa bulan yang lepas, dimana melaluinya para pengguna boleh melakukan tetapan untuk AI berejen, sekaligus mengautomasikan sejumlah tugasan berulang dengan mudah. Selepas senyap untuk seketika, dan turut melalui proses pengambil-alihan pasukan oleh OpenAI, kini pembangunnya telah memperkenalkan OpenClaw 2.0.

OpenClaw 2.0 menyertakan sejumlah besar kemaskini padanya, dan pada masa yang sama memfokuskan kepada kemudahan pemasangan dan penggunaan untuk OpenClaw. Sebelum ini, prosesnya mungkin sedikit sukar untuk pengguna awam, tetapi dengan pembaharuan ini, proses berkenaan dilihat dipermudahkan lagi. Kini juga pengguna boleh pautkan dengan langganan sedia ada ChatGPT atau Claude dengan lebih pantas dan mudah berbanding sebelum ini.
Tidak setakat itu, OpenClaw 2.0 turut boleh melakukan carian kepada sejarah perbualan anda, dan turut melakukan tugasan secara awanan. Sejumlah besar penambah-baikkan sekuriti turut hadir bersama kemaskini baharu ini.
Bagi anda yang menggunakan OpenClaw sebelum ini boleh mengemaskininya hari ini, sementara pengguna yang berhasrat mencubanya, boleh memuat-turun dan menggunakannya hari ini.




