Opera Memperkenalkan Pelayar Web Yang Diberikan Nafas Baharu Untuk iOS

TechnologyDigital
13 Aug 2024 • 9:19 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Opera hari ini memperkenalkan pelayar web Opera One yang diberikan nafas baharu untuk pengguna iPhone, sekaligus membawakan sejumlah kemudahan dalam melayari web, selain mengakses beberapa ciri menarik.

image is not available

Pelayar web Opera One ini memposisikan bar carian dan URL pada bahagian bawah, lebih kurang sama seperti Safari. Ini sekaligus memudahkan pengguna mencapainya dalam melakukan sebarang carian atau menaip alamat URL. Disamping itu, Opera One turut menyertakan pembantu berasaskan kecerdasan buatan, dinamakan Aria – membolehkan pengguna mengakses dan bertanyakan pelbagai perkara melaluinya.

Kelebihan Opera One juga membolehkan anda melayari web dalam bentuk paparan penuh, sekaligus mengelak terganggu dengan elemen lain pada peranti. Bagi anda yang menggunakan iPhone, boleh memuat-turun Opera One hari ini, dan mencubanya dalam melayari web harian anda.