Pengguna Firefox? Anda Kini Boleh Mengakses Apple Maps

TechnologyDigital
12 Aug 2024 • 11:12 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tiga minggu lepas, Apple akhirnya membenarkan pengguna mengakses Apple Maps menerusi pelayar web. Sejak dilancarkan pada tahun 2012, Apple Maps terhad dalam aplikasi pada peranti Apple sahaja. Menerusi Apple Maps di web; maklumat seperti alamat, waktu perniagaan, ulasan, dan gambar dapat dilihat seakan pada Google Maps. Terbaru, sokongan ia telah dikemaskini bagi menyokong pelayar web lain pula.

image is not available

Ketika diperkenalkan, Apple Maps hanya boleh diakses melalui pelayar web Safari, Chrome, dan Edge di PC sementara pengguna Mac terhad kepada Chrome dan Safari sahaja. Kemas kini baharu membawakan sokongan kepada pelayar web Mozilla iaitu Firefox. Akan datang, ciri Look Around untuk melihat pandangan dari jalan raya akan dibawakan seakan Street View pada Google Maps. Jika anda adalah pengguna Apple Maps, kini lebih mudah untuk merancang perjalanan dengan melakukannya pada komputer.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved