Operasi cari gadis 17 tahun jatuh Jambatan Pulau Pinang diteruskan hari ini

23 Dec 2023 • 11:45 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang gadis berusia 17 tahun yang terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang, pada Khamis lalu, disambung pagi ini.

Gadis tersebut sebelum ini meninggalkan motosikalnya di atas jambatan berkenaan.

Nasibnya ketika ini masih belum diketahui, lapor media berbahasa Cina, Kwongwah.

Dalam pada itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang pada Jumaat memaklumkan pihaknya telah menggunakan dua bot dan 13 anggota untuk operasi berkenaan serta turut menerima bantuan daripada bot Polis Marin.

“Ketika ini operasi mencari dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan pencarian dijalankan sekitar kawasan laut, namun masih belum menemui mangsa.

“Susulan keadaan cuaca, operasi mencari itu dihentikan pada jam 7 malam semalam dan bersambung pada 8 pagi (Sabtu),’’ katanya. – 23 Disember, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved