Operasi Feri Batang Rambungan Kuching-Lundu Akan Diberhentikan Buat Sementara Waktu

21 Sep 2022 • 3:07 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Hal ini adalah untuk memastikan keselamatan semua.

Operasi Feri Batang Rambungan Kuching-Lundu Akan Diberhentikan Buat Sementara Waktu. Feri Batang Rambungan Kuching-Lundu hanya akan beroperasi sehingga jam 8 malam sahaja pada 22 September hingga 23 September ini, atas kerja ‘concrete pouring‘ yang akan dilakukan oleh pihak kontraktor.

Menurut notis pemberitahuan dari JKR, perkara ini adalah untuk memastikan keselamatan semua pihak ketika menggunakan laluan feri berkenaan.

image is not available
Operasi Feri Batang Rambungan Kuching-Lundu Akan Diberhentikan Buat Sementara Waktu

Guna jalan alternatif yang lain

Bagi sesiapa yang ingin ke Lundu dari Kuching, anda dinasihatkan agar rancang perjalanan dan menggunakan jalan alternatif yang lain.

Feri Rambungan ini merupakan salah satu perkhidmatan yang penduduk sering gunakan bagi merentasi sungai untuk penduduk dari Kuching pergi ke Lundu.

Untuk maklumat lanjut anda boleh singgah ke laman Facebook mereka, Jabatan Kerja Raya Sarawak.

Lagi info terkini tentang jalan buat anda: