Tular 2 Buaya ‘Bergurau’ Di Feri Sungai Batang Igan Sempat Dirakam Netizen

21 Sep 2022 • 3:22 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Tengok video je dah buat kita rasa gerun

Tular 2 Buaya ‘Bergurau’ Di Feri Sungai Batang Igan Sempat Dirakam Netizen. Siapa yang tak gerun dengan haiwan reptilia yang hidup di air seperti buaya. Muka dan struktur badannya sahaja membuatkan kita seriau, apatah lagi mahu mendekat.

Terbaharu, telah tular di laman Tiktok penampakan dua reptilia pemangsa di Sungai Batang Igan ini sempat dirakam netizen.

image is not available
Tular 2 Buaya ‘Bergurau’ Di Feri Sungai Batang Igan Sempat Dirakam Netizen. Sumber: Tiktok

Tengok video memang buat berderau darah

Menerusi perkongsian milik @azizulkhamis, difahamkan dirinya sedang menunggu feri di Sungai Batang Igan untuk ke Matu, Daro. Pada waktu tersebut, dirinya sempat merakam dua ekor buaya sedang ‘bergurau’ di kawasan feri tersebut.

Rakaman berdurasi 48 saat itu telah meraih sebanyak 107K kali tontonan, 3K tanda suka dan 139 komen di laman Tiktok (setakat artikel ini ditulis).

Tonton video penuh di bawah:

@azizulkhamis

Buaya di Sg Rejang, Sarawak bergurau2 dpn kita org masa nak gi Matu, Daro sempena Hari Malaysia, 16/09/2022 #fyp #sgrejang #keluargamalaysia #viral #legend #retro #harimalaysia

♬ original sound – AzizulKhamis – AzizulKhamis

Komen netizen tak pernah tak menghiburkan

Rata-rata di ruangan komen, ada yang seram melihat situasi tersebut, ada juga yang membuat gurauan bahawa buaya tersebut sedang membuat pertunjukan acrobatic pulak. Haihh ada ada saja netizen niimage is not available

Ada juga netizen yang menjelaskan bahawa dua ekor buaya tersebut memang sentiasa di kawasan feri tersebut sejak dulu lagi.

image is not available
Tular 2 Buaya ‘Bergurau’ Di Feri Sungai Batang Igan Sempat Dirakam Netizen. Sumber: Tiktok

image is not available
Sumber: Tiktok

image is not available
Sumber: Tiktok

Ketahui juga nelayan sedang menarik pukat tetapi lain pula yang dia dapat. Baca lebih lanjut di bawah: