Operasi pembenihan awan berjaya hasilkan hujan di Kedah, Perlis

LocalEnvironment
4 Sep 2026 • 11:37 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Operasi pembenihan awan berjaya hasilkan hujan di Kedah, Perlis

PETALING JAYA – Operasi Pembenihan Awan (OPA) yang dilaksanakan di Kedah dan Perlis semalam berjaya menghasilkan hujan di beberapa kawasan tadahan empangan utama, dalam usaha menangani cuaca panas, kekurangan hujan dan keadaan berjerebu.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) memaklumkan, operasi pada semalam itu menyasarkan kawasan tadahan Empangan Pedu, Muda, Ah Ning dan Beris di Kedah serta Empangan Timah Tasoh di Perlis.

Menurutnya, misi berkenaan dilaksanakan menggunakan pesawat C130 Hercules milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dengan kerjasama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan TUDM.

“Sebanyak empat tangki larutan garam telah digunakan sepanjang misi ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

MetMalaysia memaklumkan, hujan dikesan di kawasan tadahan Empangan Timah Tasoh seawal pukul 1 petang, manakala hujan di kawasan Empangan Pedu, Muda dan Beris dicerap pada pukul 2 petang.

Taburan hujan tertinggi pula direkodkan di Stesen Padang Besar, Taman Negeri Perlis dengan jumlah 44.8 milimeter (mm).

“Analisis menunjukkan kehadiran awan konvektif dan kelembapan atmosfera yang tinggi membantu keberkesanan operasi di Kedah dan Perlis,” katanya.

MetMalaysia berkata, pihaknya akan terus memantau keadaan cuaca serta mengemas kini ramalan dan amaran cuaca menerusi laman sesawang rasmi, aplikasi MYCuaca dan media sosial rasmi jabatan. – KOSMO! ONLINE

The post Operasi pembenihan awan berjaya hasilkan hujan di Kedah, Perlis appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved