Operasi penguatkuasaan alam sekitar, MPS keluar lapan kompaun

LocalEnvironment
17 Jul 2026 • 11:55 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Operasi penguatkuasaan alam sekitar, MPS keluar lapan kompaun

SHAH ALAM, 17 JULAI: Majlis Perbandaran Selayang (MPS) mengeluarkan lapan kompaun terhadap premis komersial dalam operasi penguatkuasaan alam sekitar di Taman Sri Batu Caves 1, 2 dan 3, Batu Caves pada 14 Julai lalu.

MPS memaklumkan operasi dijalankan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan (JPSPK) itu bertujuan memastikan setiap premis komersial menyediakan tong sampah individu serta mematuhi arahan membuang sampah di lokasi yang ditetapkan.

“Arahan turut dikeluarkan kepada pemilik premis supaya membuang sampah di lokasi yang telah ditetapkan oleh pihak MPS.

“Sebanyak 126 premis telah diperiksa dan lapan kompaun telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan,” katanya di Facebook.

Selain itu, operasi berkenaan turut melibatkan penutupan tiga pusat tong sampah yang telah mengakibatkan limpahan sampah serta dijadikan lokasi pembuangan sisa industri secara haram oleh individu tidak bertanggungjawab.

“Susulan penutupan pusat tong sampah tersebut, kutipan sampah akan dilaksanakan oleh KDEBWM secara pintu ke pintu bagi setiap premis komersial,” katanya.

MPS turut mengingatkan orang ramai supaya tidak membuang sampah di kawasan awam atau lokasi yang tidak dibenarkan oleh MPS.

Menurutnya, sebarang pelanggaran terhadap arahan itu boleh dikenakan tindakan kompaun sehingga RM1,000 di bawah peruntukan Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap (MPS) 2007.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved