Operasi samseng jalanan: 90 saman dikeluarkan, lima motosikal turut disita

2 Sep 2026 • 2:34 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Operasi samseng jalanan: 90 saman dikeluarkan, lima motosikal turut disita

SHAH ALAM, 2 SEPT: Sebanyak 90 saman dikeluarkan dan lima motosikal disita dalam Operasi Samseng Jalanan yang dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor di Pantai Remis, Jeram, pada 31 Ogos lalu.

Operasi yang bermula jam 4 petang hingga 11 malam itu seramai 170 individu ditahan, manakala 140 kenderaan diperiksa bagi memastikan pengguna jalan raya mematuhi peraturan.

Hasil pemeriksaan mendapati pelbagai kesalahan lalu lintas dilakukan pengguna, antaranya memandu tanpa lesen, tiada perlindungan insurans, tidak memakai topi keledar dan tiada nombor pendaftaran.

Kesalahan lain yang turut dikesan ialah tiada cermin pandang belakang, pengubahsuaian ekzos, tidak mempamerkan pelekat ‘L/P’ serta beberapa kesalahan lalu lintas lain.

"Operasi seumpama itu akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa sebagai langkah membanteras kegiatan samseng jalanan serta meningkatkan kesedaran pengguna jalan raya khususnya golongan remaja supaya sentiasa mematuhi undang-undang lalu lintas,"katanya dalam kenyataan.

Semua pengguna jalan raya turut dinasihatkan supaya mengamalkan sikap berhemah dan bertolak ansur ketika berada di jalan raya demi menjamin keselamatan semua pengguna.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved