Polis sita 497 kenderaan kerana saman, cukai jalan

WorldCars
25 Aug 2026 • 1:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Polis sita 497 kenderaan kerana saman, cukai jalan

DUBAI: Sebanyak 497 kenderaan telah disita kerana gagal menjelaskan saman trafik dan pendaftaran yang telah tamat tempoh sepanjang separuh pertama 2026, kata polis Dubai pada Ahad.

Ia menambah bahawa sebahagian denda mencecah hingga puluhan ribu dirham.

Dalam satu kenyataan, Pengarah Jabatan Am Trafik Polis Dubai, Brigedier Juma Salem bin Suwaidan berkata, pemeriksaan mendapati beberapa pemilik tidak memperbaharui pendaftaran kenderaan mereka selama bertahun-tahun.

Beliau menegaskan bahawa sikap bertolak ansur terhadap pembayaran denda atau membiarkan kenderaan tidak didaf­tarkan tidak melepaskan pemilik daripada tanggungjawab melakukan kesalahan.

Juma menggesa pemandu supaya memeriksa rekod trafik mereka secara berkala dan menjelaskan denda terkumpul tanpa berlengah,atau berdepan tindakan undang-undang.

Beliau memberi amaran bahawa memandu kenderaan yang tidak berdaftar adalah berisiko tinggi kerana ia tidak menjalani pemeriksaan teknikal berkala bagi mengesahkan tahap kelayakan jalan raya.

“Memandu kenderaan yang tidak berdaftar membahayakan keselamatan pemandu itu sendiri dan pengguna jalan raya yang lain. 

“Pelanggaran berulang boleh mengundang kemalangan, kecederaan, kematian dan kerosakan harta benda,” tegasnya.

Beliau menambah, pelaksanaan saman trafik bukan sekadar hukuman, sebaliknya bertujuan mendidik pemandu, mencegah kesalahan berulang dan mening­katkan tahap keselamatan di jalan raya.

Sebelum tindakan undang-undang dikenakan, pihak Ja­batan Trafik akan menghubungi pemilik kenderaan terlebih dahulu. – AGENSI

The post Polis sita 497 kenderaan kerana saman, cukai jalan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved