Operasi tanpa lesen: Penjaga premis hiburan didenda RM4,000

15 Jul 2023 • 3:02 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Seorang penjaga premis hiburan didenda RM4,000 atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, pada Jumaat, kerana menjalankan operasi pusat hiburan tanpa lesen.

Chan Jie En, 22, mengaku bersalah di hadapan Majistret Stephanie Sherron Abbie yang dia melakukan kesalahan itu di sebuah premis di tingkat lima bangunan T1, Bundusan Penampang pada 2.44 pagi 12 Mei tahun ini.

Menurut pihak pendakwaan, sepasukan polis menyerbu tempat itu dan mendapati muzik masih dimainkan dengan kuat dan premis itu didapati tidak mempunyai lesen.

Chan didakwa mengikut Seksyen 3 Ordinan Hiburan Awam 1958 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT Over 20 units booked at The Horizon’s grand launch Kota Kinabalu: The grand launch of The Horizon at Damai saw a good response with more than 20 condominium units booked, Sunday. Read more Dalam kes lain, seorang lelaki berusia 53 tahun diperintah membayar denda RM1,000 atau penjara tiga bulan kerana bergaduh di tempat awam pada tahun lalu.

Ardi Hasbi mengaku melakukan pergaduhan dengan tiga lelaki lain dan seorang yang masih bebas pada 12.15 tengah hari 1 Dis 2022 di kilang Borneo Umi Takara, KKIP, Jalan Sepanggar.

Dia didakwa mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda atau sehingga RM1,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, seorang lelaki berusia 56 tahun didenda RM1,000 atau penjara sebulan kerana memiliki peralatan judi 4D, lima tahun lalu.

Justin Thien mengaku melakukan kesalahan itu pada 2.30 petang 3 Jan 2018 di sebuah kedai kopi di pekan Telipok.

Dia didakwa mengikut Seksyen 9(1) Akta Rumah Perjudian Terbuka yang membawa hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Pendakwaan dikendalikan Inspektor Suzie @ Stephanie Kupit.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.