
Kota Kinabalu: Tiga lelaki didakwa secara berasingan di Mahkamah Majistret di sini Jumaat atas pertuduhan mengedar dadah.
Azwan Abdullah, Amir Taung, kedua-duanya pendatang tanpa izin dan Norhajim Iskamil dibawa ke hadapan Majistret Lovely Natasha Charles, Jessica Ombou Kakayun dan Stephanie Sherron Abbie.
Azwan didakwa mengedar 1,050gm syabu pada 10.30 pagi di kaunter penerimaan konsainan di J&T Express CDC 301 Kepayan, Jalan Lintas Kepayan, di sini.
Amir seorang buruh berusia 23 tahun didakwa mengedar 50.47gm syabu pada 12.30 tengah hari, 27 Jun lalu di tanah lapang lereng bukit Kg Lok Buno, Sepanggar.
SPONSORED CONTENT Shell’s Access to Energy helps power lives of isolated communities in Sabah Kota Kinabalu: In 2017, Sabah Shell Petroleum Co Ltd (SSPC) launched Access to Energy (A2E), a Shell Social Investment programme aimed at providing affordable and continuous supply of electricity from renewable sources for communities who live without connection to the electricity grid. Read more Norhajim, 40, penganggur, didakwa mengedar 50gm syabu pada jam 3 petang pada 24 Jun lalu di sebuah rumah di Kg Numbak, Manggatal.
Tiada pengakuan direkodkan daripada mereka kerana pendakwaan terhadap mereka di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Pertuduhan itu membawa hukuman sama ada hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sebat dengan minimum 15 sebatan jika sabit kesalahan.
Majistret Lovely yang mendengar kes Azwan, menetapkan 4 Ogos ini untuk sebutan semula kes.
Majistret Jessica menetapkan 3 Ogos ini untuk sebutan kes Amir manakala Majistret Stephanie menetapkan 9 September untuk kes Norhajim.
Terdahulu, pihak pendakwaan memohon tarikh sebutan baharu sementara menunggu laporan ahli kimia dan tidak menawarkan jaminan kepada setiap tertuduh kerana pertuduhan terhadap mereka tidak membenarkan ikat jamin.
Tertuduh diperintahkan direman lanjut.
Pendakwaan dikendalikan oleh Inspektor Kelvan Elson Maik, Albert Basiri dan Suzie @ Stephanie Kupit.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
