Oppo A5 5G Kini Tersedia Di Malaysia Secara Eksklusif Melalui Syarikat Telekomunikasi

TechnologyDigital
19 May 2025 • 3:51 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Oppo telah mengumumkan kehadiran model A5 5G untuk pasaran tempatan. Peranti ini merupakan versi lebih asas bagi siri A5 Pro yang telah dilancarkan beberapa bulan lalu. Walaupun kini tersedia di Malaysia, pengguna masih belum boleh membelinya secara fizikal pada masa ini.

image is not available

Sebaliknya, ia hanya ditawarkan secara percuma melalui U Mobile dan Maxis dengan syarat terikat pada kontrak pascabayar. Laman web rasmi syarikat telekomunikasi berkenaan turut menyenaraikan harga jualan RM1,099. Namun, masih belum jelas bilakah peranti ini akan dijual secara terbuka tanpa sebarang kontrak.

Oppo A5 5G hadir dengan skrin LCD berukuran 6.67-inci HD+ (1604 x 720) dengan kadar segar semula 120Hz. Ini dipadankan dengan cip Mediatek Dimensity 6300 bersama memori 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Kamera peranti ini terdiri dengan 50MP sensor utama, 2MP sensor kedalaman serta swafoto 8MP.

image is not available

Oppo A5 5G juga dilengkapi dengan bateri berkapasiti 6000mAh yang menyokong pengecasan pantas 45W. Selain itu, peranti turut menawarkan sambungan rangkaian 5G, Wi-Fi 5, Bluetooth 5.4, NFC, serta dilengkapi dengan bicu audio 3.5mm.