Samsung sehingga hari ini adalah pengeluar peranti yang paling pantas mengedarkan kemaskini Mereka bekerjasama dengan Samsung untuk memastikan semua peranti, tidak kira kelas permulaan, pertengahan atau mercu menerima kemaskini yang sama.
Malah ciri Android pada One UI banyak diambil daripada Android asli yang dijalankan pada peranti Pixel. Kini, Samsung dilaporkan sudah mula menguji sistem operasi One UI 5.1 yang dibina berdasarkan Android 13. One UI 5.1 ini dikatakan akan dijalankan terus pada peranti Samsung Galaxy S23 nanti dan Samsung kini sedang menguji sistem operasi ini pada kesemua siri Galaxy S22.

One UI 5.1 dijangka akan memberikan pengguna lebih kebebasan dan kemampuan kustomasi peranti termasuk dengan sokongan Good Lock. Buat masa ini masih tidak pasti bila One UI 5.1 ini akan diedarkan kepada peranti Samsung sedia ada. Besar kemungkinan ia adalah selepas Galaxy S23 dilancarkan pada Februari nanti. Sama-sama kita nantikan.
