Oppo Find X8 Ultra Akan Dilengkapi Dengan Cip Snapdragon 8 Elite Dan Pengecasan Pantas 100W

TechnologyDigital
9 Apr 2025 • 5:48 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Oppo telah berkongsi butiran menarik mengenai peranti baharu Find X8 Ultra mereka. Peranti ini akan menggunakan cip Snapdragon 8 Elite, yang turut menguasai sebilangan besar peranti mercu terkini. Selain itu, Find X8 Ultra akan menawarkan skrin LTPO OLED beresolusi 2K dan kadar segar semula 120Hz.

Bateri 6,100mAh yang menyokong pengecasan pantas 100W, dan nirwayar 50W juga menjadi salah satu ciri utama. Kamera belakang pula terdiri daripada kuad-sensor 50MP, termasuk sensor utama Sony LYT-900, ultra lebar, dan periskop dengan zum optik sehingga 6X. Peranti ini juga mempunyai ketahanan air dan debu dengan penarafan IP68/69. Butiran lain hanya akan diketahui selepas pelancaran rasminya esok.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved