Oppo Mengesahkan Kehadiran A79 5G Untuk Pasaran Malaysia

TechnologyDigital
6 Nov 2023 • 12:11 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kehadiran Oppo A79 5G untuk pasaran Malaysia telah disahkan menerusi kemaskini baharu di Facebook. Melaluinya poster rasmi mula diterbitkan yang menunjukkan peranti dengan kemasan serba ungu bersama dua bonggol kamera di panel belakang. Lebih banyak pilihan warna mungkin ditawarkan selepas peranti dilancarkan secara rasmi kelak.

image is not available

Namun persoalan mula timbul apabila Oppo tidak pula berkongsi lanjut mengenai spesifikasi dan tarikh pelancaran pada peranti. Sekiranya sama dengan sebelum ini, cip MediaTek Dimensity 6020 boleh digunakan sebagai tunjang utama, yang kemudiannya digabungkan pula dengan LCD FHD+ 6.72 inci berkadar segar semula 90Hz. Kamera utama 50MP + 2MP, swafoto 8MP dan bateri 5,000mAh turut digunakan bagi melengkapkan lagi peranti.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved