Oppo Reno11 F 5G Akan Menerima Ciri AI Eraser Bermula 10 April

TechnologyDigital
26 Mar 2024 • 7:11 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Oppo Malaysia mengatakan ciri kecerdasan buatan AI Eraser akan mula diterima pada peranti Oppo Reno11 F bermula 10 April ini. Ini adalah antara ciri-ciri yang diumumkan oleh Oppo pada Februari yang lalu ketika mengumumkan pembukaan Oppo AI Center.

image is not available

Dengan AI Eraser, objek di dalam gambar boleh dipadam dengan bantu AI. Pengguna hanya perlu menandakan bahagian yang ingin dipadam dan sistem AI Eraser akan membuangnya secara automatik. Pada peringkat awal AI Eraser akan diterima oleh peranti Reno11 F terlebih dahulu sebelum model Reno11 yang lain akan turut dikemaskini secara berperingkat.

Kami difahamkan ciri AI lain yang diberikan pada peranti Oppo di China mungkin akan diberikan juga pada peranti di Malaysia di masa hadapan. Ciri AI Oppo dikuasakan dengan model bahasa raya (LLM) yang dibangunkan oleh mereka sendiri iaitu AndesGPT.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved