
Dua model lain dalam siri Reno16 turut dilancarkan di Malaysia hari ini. Ia merangkumi Oppo Reno16 dan Oppo Reno16F, dengan masing-masing hadir membawa fokus berbeza bagi memenuhi keperluan pengguna yang pelbagai.

Oppo Reno16 hadir dengan skrin AMOLED 6.32″ beresolusi 2640 × 1216 piksel dengan kadar segar semula 120Hz. Ia menggunakan cip Snapdragon 7 Gen 4 bersama pilihan memori 8GB/12GB RAM dan storan 256GB/ 512GB, serta menjalankan antaramuka ColorOS 16. Bateri berkapasiti 6700mAh berasaskan teknologi Silicon-Carbon digunakan menyokong pengecasan pantas 80W SUPERVOOC.
Sistem kamera pula terdiri daripada empat sensor 50MP yang merangkumi kamera utama, ultra lebar, telefoto dan kamera hadapan. Selain itu, telefon ini menawarkan ciri tambahan seperti ketahanan IP66/IP68/IP69/IP69K, pembesar suara stereo, sokongan Bluetooth 5.4 serta sensor cap jari optikal di bawah skrin.

Oppo Reno16 F mnnggunakan skrin AMOLED 6.57″ FHD+ serta menyokong kadar segar semula 120Hz. Ia dipadankan dengan cip MediaTek Dimensity 7300 bersama pilihan memori 8GB/12GB RAM LPDDR4X dan storan 128GB/256GB UFS 3.1, serta menjalankan antaramuka ColorOS 16.
Ia juga dilengkapi bateri 7000mAh berasaskan teknologi Silicon-Carbon dengan sokongan pengecasan pantas 80W SUPERVOOC. Sistem kamera pula terdiri daripada kamera utama 50MP dengan OIS, ultra lebar 8MP, telefoto 50MP dengan OIS serta kamera hadapan 50MP. Antara ciri tambahan termasuk IP66/IP68/IP69/IP69K, pembesar suara stereo dan sensor cap jari optikal di bawah skrin.


Bagi pasaran Malaysia, Oppo Reno16 dijual pada harga bermula RM2699 untuk varian 8GB RAM + 256GB manakala varian 12GB RAM + 512GB storan ditawarkan pada harga RM2999. Sementara itu, Oppo Reno16 F pula dijual pada harga bermula RM1899 (secara atas talian) dan RM1999 untuk varian 8GB RAM + 128GB. Untuk varian 8 RAM + 256GB pula berharga RM2299.






