Pelancaran Global Siri Huawei Pura 90 Dilakukan Pada 14 Julai Di Kuala Lumpur

TechnologyDigital
6 Jul 2026 • 4:07 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Siri Huawei Pura 90 akan dilancarkan ke pasaran global pada 14 Julai dengan acara akan diadakan di Kuala Lumpur. Siri peranti ini terdiri daripada Huawei Pura 90 Pro, Huawei Pura 90 Pro Max dan Huawei Pura 90 masing-masing memberikan tumpuan kepada kemampuan fotografi kelas mercu.

Image from: Pelancaran Global Siri Huawei Pura 90 Dilakukan  Pada 14 Julai Di Kuala Lumpur

Huawei Pura 90 Pro hadir dengan paparan skrin OLED bersaiz 6.6 inci, manakala Huawei Pura 90 Pro Max memuatkan paparan skrin OLED 6.9 inci dengan resolusi FHD+ sama seperti model asas, dan memanfaatkan teknologi segar semula LTPO untuk penggunaan tenaga bateri yang lebih cekap.

Image from: Pelancaran Global Siri Huawei Pura 90 Dilakukan  Pada 14 Julai Di Kuala Lumpur
Huawei Pura 90 Pro

Menguasakan kedua-dua peranti ini ialah cip pemprosesan terbaru dari Huawei, iaitu Kirin 9030S. Huawei mengatakan dengan cip ini, peranti Pura 90 Pro dan Pro Max hadir dengan keupayaan AI 200 peratus yang lebih baik untuk pemahaman imej, peningkatan 43 peratus dalam enjin warna AI, kejituan gambar telefoto yang diambil dipertingkatkan sebanyak 110 peratus dan peningkatan 30% dalam keupayaan anti-goncang AI.

Penawaran memori dan storan pada kedua-dua model ini juga adalah sama seperti apa yang diperlihatkan pada Huawei Pura 90.

Image from: Pelancaran Global Siri Huawei Pura 90 Dilakukan  Pada 14 Julai Di Kuala Lumpur
Huawei Pura 90 Pro Ma

Sistem kamera Huawei Pura 90 Pro terdiri daripada kamera sudut ultra lebar 12.5MP, kamera utama 50MP dengan sensor besar 1/1.28 inci, dan menyokong julat apertur boleh ubah f1.4-f4.0 dengan penstabilan imej optik (OIS) dan spektrum warna RYYB. Kamera ketiga ialah kamera telefoto 50MP dengan zum optik 4X dan zum optik 8x.

Untuk Huawei Pura 90 Pro Max pula, ia hadir dengan kamera utama 50MP dengan teknologi LOFIC, apertur boleh ubah fizikal 10-hentian dan OIS. Kamera sudut ultra lebar pula hadir dengan sensor 40MP dengan apertur f2.2.

Sementara itu Huawei Pura 90 hadir dengan skrin 6.8″ OLED pada resolusi FHD+, 120Hz LTPO dan pengesanan sentuhan 300Hz. Ia dilindungi kaca Kunlun Glass yang tahan lasak bagi mengelakkan kerosakan jika peranti terjatuh.

Image from: Pelancaran Global Siri Huawei Pura 90 Dilakukan  Pada 14 Julai Di Kuala Lumpur
Huawei Pura 90

Ia dikuasakan oleh cip pemprosesan Kirin 9010S sama yang diperlihatkan pada siri peranti Huawei Pura 80, memori sehingga 16GB, storan sehingga 512GB dan bateri sebesar 6500 mAh yang menyokong pengecasan pantas 100W secara berwayar serta 50W secara nirwayar.

Dari segi penawaran kamera pula, Huawei Pura 90 dimuatkan dengan dengan lensa sudut lebar 50MP dengan apertur f/1.8, lensa ultra lebar 12.5MP f/2.2 dan lensa telefoto 50MP dengan zum optikal 3.7x. Sementara itu kamera hadapan pula adalah sebesar 50MP.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved