Oppo Reno16 Pro Rasmi Di Malaysia – Cip Dimensity 8550 Super Dan Harga RM3699

LocalDigital
8 Jul 2026 • 11:42 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Oppo Reno16 Pro Rasmi Di Malaysia – Cip Dimensity 8550 Super Dan Harga RM3699

Oppo hari ini melancarkan telefon pintar terbaharu Reno16 Pro untuk pasaran Malaysia. Model ini masih mengekalkan rekaan bergaya sebagai identiti utama, sambil hadir dengan peningkatan ketara pada sistem kamera.

Image from: Oppo Reno16 Pro Rasmi Di Malaysia – Cip Dimensity 8550 Super Dan Harga RM3699

Oppo Reno16 Pro hadir dengan paparan AMOLED berukuran 6.32″ yang menawarkan resolusi 2640 x 1216 piksel serta kadar segar semula 144Hz. Skrin ini juga menyokong kecerahan sehingga 1800 nits dalam mod HBM dan mampu mencapai 3600 nits pada tahap puncak. Di samping itu, ia menawarkan kedalaman warna 10-bit bersama teknologi DC Dimming untuk pengalaman paparan yang lebih selesa.

Image from: Oppo Reno16 Pro Rasmi Di Malaysia – Cip Dimensity 8550 Super Dan Harga RM3699

Dari segi prestasi, Oppo Reno16 Pro dikuasakan cip MediaTek Dimensity 8550 Super yang digandingkan dengan memori 12GB LPDDR5X serta pilihan storan dalaman 256GB. Peranti ini turut menjalankan sistem operasi ColorOS 16 yang menawarkan pengalaman terkini dengan pelbagai fungsi pintar, termasuk pengenalan butang AI Snap Key yang direka khas untuk meningkatkan kemudahan penggunaan.

Image from: Oppo Reno16 Pro Rasmi Di Malaysia – Cip Dimensity 8550 Super Dan Harga RM3699

Tetapan kamera Oppo Reno16 Pro terdiri daripada lensa utama 200MP dengan sokongan OIS, diikuti lensa ultra lebar 50MP dengan aperture f/2.0 serta telefoto 50MP 1/2.75 inci yang turut menyokong OIS. Untuk kamera hadapan, ia menggunakan sensor 50MP dengan sokongan autofokus. Peranti ini juga dilengkapi bateri 6700mAh berasaskan teknologi Silicon-Carbon bersama pengecasan pantas 80W SUPERVOOC.

Image from: Oppo Reno16 Pro Rasmi Di Malaysia – Cip Dimensity 8550 Super Dan Harga RM3699

Antara spesifikasi lain termasuk ketahanan IP66/IP68/IP69/IP69K, sensor cap jari optikal di bawah skrin, pembesar suara stereo berkembar, serta sokongan Bluetooth 5.4. Bagi yang berminat, Oppo Reno16 Pro ditawarkan pada harga pada RM3,699 untuk varian 12GB + 256GB.

Image from: Oppo Reno16 Pro Rasmi Di Malaysia – Cip Dimensity 8550 Super Dan Harga RM3699

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved