Oppo Watch X2 Akan Diperkenalkan Seiring Dengan Find N5

TechnologyDigital
14 Jan 2025 • 6:09 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Nampaknya pelancaran produk baharu Oppo pada Februari turut akan menampilkan jam tangan baharu mereka. Hal berkenaan didedahkan oleh pengarah eksekutif Oppo, Zhou Yibao yang turut berkongsi serba sedikit maklumat tentang produk di Weibo.

image is not available

Ianya akan dikenali sebagai Oppo Watch X2 dengan rekaan yang menyerupai generasi sebelum. Ia dilengkapi kerangka bulat bersama dua butang di sebelah kanan yang mungkin digunakan untuk pelbagai tetapan. Bahan premium seperti titanium dan kaca nilam dijangka digunakan untuk ketahanan lebih baik. Sekali lagi lagi pilihan tali silikon dalam warna hitam juga boleh disediakan namun butiran berkaitan saiz masih belum diperincikan setakat ini.

Fokus turut diberikan kepada peningkatan fungsi melalui kemampuan memantau tekanan darah dalam masa nyata yang menjadikannya lebih baik berbanding model sebelum ini. Untuk rekod, Oppo Watch X sedia dijual di Malaysia pada harga RM1399 dengan kemampuan bateri boleh bertahan 100 jam.