Pelindung Kanak-Kanak JKM: Maksud, Peranan & Cara Aduan

LocalFamily & Parenting
19 Feb 2026 • 9:04 AM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

Jabatan Kebajikan Masyarakat atau JKM telah menyediakan pasukan Pelindung Kanak-Kanak di seluruh negara bagi melindungi semua kanak-kanak sebarang kes penderaan atau pengabaian .

Berikut adalah makluman dan info mengenai pasukan ini.

Pelaksanaan Akta Kanak-Kanak 2001

Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611] merupakan undang-undang yang ditakrifkan sebagai mana-mana individu berumur 18 tahun ke bawah berkaitan kanak-kanak di Malaysia.

Matlamat utamanya ialah untuk:

  • Memberi pemulihan dan penjagaan kepada kanak-kanak yang berkonflik dengan undang-undang.
  • Menjamin kerahsiaan dan maruah kanak-kanak, termasuk larangan media mendedahkan identiti mereka.
  • Selaras dengan United Nations Child Rights Convention (UNCRC).

Akta ini digubal bagi menggantikan Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991 dan diselaraskan dengan Konvensyen Hak Kanak-Kanak [CRC] yang ditandatangani oleh Malaysia pada tahun 1995.

Menerusi akta ini, ia juga melindungi semua kanak-kanak sama ada mereka merupakan mangsa, saksi, atau tertuduh.

image is not available

Maksud Pelindung Kanak-Kanak

Konsep ‘Pelindung’ yang diperkenalkan Kerajaan ini memainkan peranan penting dalam usaha untuk menangani kes penderaan, pengabaian dan pemeliharaan kanak-kanak.

Menurut Akta Kanak-kanak 2001, ‘Pelindung’ ialah:

  • Ketua Pengarah JKM;
  • Timbalan Ketua Pengarah JKM;
  • Seorang Pengarah Bahagian bagi Kebajikan Masyarakat, JKM; dan
  • Mana-mana Pegawai Kebajikan Masyarakat yang dilantik di bawah Seksyen 8, Akta Kanak-kanak 2001.

Pelindung kanak-kanak secara umumnya merujuk kepada pegawai JKM yang diberi kuasa untuk memastikan kanak-kanak mendapat perlindungan dari sebarang pengabaian, penderaan, keganasan, dan eksploitasi.

Peranan Pelindung Kanak-Kanak

Peranan pelindung ini kepada kanak-kanak adalah seperti berikut:

  • Melindungi kanak-kanak
  • Menyelamat kanak-kanak
  • Memulihkan kanak-kanak
  • Menyediakan laporan dan Menyelia Pengurusan Pasukan hadir ke Mahkamah
  • Menjalankan aktiviti pencegahan dan program advokasi
  • Tugas menyelamat boleh dibantu oleh Pembantu Pelindung
  • Mengadakan program intervensi bagi aspek pembangunan kanak-kanak
image is not available

Sokongan Pelindungan

Kanak-kanak yang mengalami kes penderaan atau pengabaian akan diberikan sokongan pelindungan seperti berikut:

  • Tempat Perlindungan: Menyediakan pelbagai aktiviti yang sesuai dengan peringkat umur kanak-kanak.
  • Pusat Advokasi: Mengadakan ceramah / kursus pendek kepada masyarakat, ibu bapa dan kanak-kanak.
  • Pusat Sumber: Menyediakan bahan bacaan / rujukan untuk kanak-kanak.
  • Pusat Pembelajaran: Kelas bimbingan / komputer / kelas keagamaan / kelas lukisan / kelas drama / pidato / deklamasi sajak.
  • Pusat Intervensi Krisis: Menyediakan sesi kaunseling.
  • Pusat Sosial / Sukan / Rekreasi: Sukan / riadah / program kebudayaan / kesenian dan sebagainya.

Cara Membuat Aduan

Jika terdapat berlakunya keganasan terhadap kanak-kanak, orang ramai boleh segera melaporkan sebarang kes penderaan atau pengabaian kanak-kanak di Aplikasi Mobil Talian Kasih 15999 atau whatsapp 019-261 5999 yang beroperasi 24 jam sehari.

Soalan Lazim

Apakah pelindung kanak-kanak?

Pelindung ini merujuk kepada pegawai JKM yang diberi kuasa untuk memastikan kanak-kanak mendapat perlindungan dari sebarang pengabaian, penderaan, keganasan, dan eksploitasi.

Siapakah yang dikategorikan sebagai ‘pelindung’ tersebut?

– Ketua Pengarah JKM;
– Timbalan Ketua Pengarah JKM;
– Seorang Pengarah Bahagian bagi Kebajikan Masyarakat, JKM; dan
– Mana-mana Pegawai Kebajikan Masyarakat yang dilantik di bawah Seksyen 8, Akta Kanak-kanak 2001.

Apakah peranan ‘pelindung’ ini?

– Melindungi kanak-kanak
– Menyelamat kanak-kanak
– Memulihkan kanak-kanak
– Menyediakan laporan dan Menyelia Pengurusan Pasukan hadir ke Mahkamah
– Menjalankan aktiviti pencegahan dan program advokasi
– Tugas menyelamat boleh dibantu oleh Pembantu Pelindung
– Mengadakan program intervensi bagi aspek pembangunan kanak-kanak

Jika berlakunya kes penderaan kanak-kanak, bagaimanakah saya ingin membuat laporan?

Laporan boleh dibuat menerusi Aplikasi Mobil Talian Kasih 15999 atau whatsapp 019-261 5999.

Info Lanjut

Info lanjut mengenai Pelindung Kanak-Kanak, sila layari laman web https://www.jkm.gov.my/.

Baca juga: Sukarelawan JKM: Peranan, Syarat Pemilihan & Cara Memohon

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved