2 Wanita Tampar Cashier & Curi Kabel Telefon RM14 Ditahan Polis

LocalPolitics
30 Apr 2025 • 10:05 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Kes mencuri di kalangan masyarakat dilihat semakin menjadi-jadi tidak kira di kawasan pedalaman mahupun di bandar.

Seperti sebelum ini, tular rakaman CCTV menyaksikan dua orang wanita yang berang dengan staf kedai serbaneka kerana tidak membenarkan mereka mencuba dahulu kabel telefon sebelum membayarnya.

Oleh disebabkan itu, salah seorang daripadanya menampar dan menarik tudung pekerja manakala seorang lagi yang dipercayai ibunya telah bertindak mencuri kabel telefon berkenaan.

Polis Tahan Reman 2 Wanita Buat Onar Di 7-Eleven

Terkini, dua wanita yang ‘menyamun’ kabel pengecas telefon bernilai RM14 di kedai serbaneka, 7-Eleven sekitar Manjung, Perak ditahan polis dan direman selama enam hari.

Menurut Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner Hasbullah Abd Rahman, dua wanita itu ditangkap jam 2.45 petang kelmarin (28 April) susulan laporan kejadian yang diterima daripada mangsa jam 10 pagi Ahad lalu (27 April).

Jelas Hasbullah, mangsa iaitu wanita yang bekerja di kedai itu didatangi dua suspek berkenaan lalu diminta untuk membuka produk kabel pengecas telefon tanpa membuat sebarang bayaran.

“Pengadu menerangkan kepada suspek namun salah seorang darinya tidak berpuas hati lalu bertindak menampar pipi kiri mangsa serta menarik tudung. Suspek terus melarikan diri bersama kabel pengecas telefon itu,” ulas Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu kenyataan.

Mangsa Trauma Selepas Alami Kecederaan

Mengulas lanjut, mangsa dilaporkan mengalami kecederaan akibat serangan tersebut.

“Mangsa mengalami kecederaan di bahagian pipi kiri serta trauma akibat daripada kejadian itu, dengan kerugian sebanyak RM14,” ulas Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu kenyataan.

Susulan itu, kes kini disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan. Kedua-dua suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Seri Manjung dan reman dibenarkan selama enam hari.

“Kertas siasatan akan dirujuk ke Pejabat Pengarah Pendakwa Negeri untuk dapatkan arahan pertuduhan setelah siasatan lengkap,” tambah Hasbullah.

Terdahulu, ibu kepada mangsa dikenali sebagai Saazlina Azizyusuf menyifatkan dua suspek yang menyerang anaknya itu sebagai ‘pelanggan dari neraka’.

Jelasnya, si anak hanya menjalankan tugas dengan mengikut segala prosedur dan polisi ditetapkan syarikat iaitu sebarang produk tidak boleh dicuba melainkan sudah melakukan pembayaran.

Source: