Tular di TikTok satu rakaman video memaparkan fitnah terhadap Tok Batin selepas penemuan pendaki wanita yang hilang iaitu Jaslinda Saludin.
Dalam video itu, Jaslinda didakwa telah ‘disimpan’ oleh seorang tok batin selama dua minggu. Lebih keterlaluan, Tok Batin difitnah akan berkahwin dengan Jaslinda sekiranya kehilangan wanita itu tidak kecoh.
Video tular kaitkan Tok Batin dengan kehilangan Jaslinda

Difahamkan, dakwaan tersebut dikaitkan dengan Tok Batin Kampung Orang Asli (KOA) Lubuk Gaharu, Mohd Asmmadi Abdullah, selepas Jaslinda ditemukan oleh penduduk Orang Asli di kawasan berhampiran kampung berkenaan.
Susulan fitnah itu, kira-kira 50 tok batin dan wakil masyarakat Orang Asli dari daerah Batang Padang, Muallim serta Kinta tampil membuat laporan polis.
Tok Batin dan wakil komuniti lapor polis

Memetik laporan Harian Metro, Tok Batin KOA Lata Kinjang, Rani a/l Bah Ulin berkata, pihaknya kesal dengan tuduhan kononnya Mohd Asmmadi menyembunyikan atau menyimpan Jaslinda sepanjang tempoh kehilangannya.
Menurutnya, dakwaan itu bukan sahaja menjatuhkan nama baik seorang tok batin, malah memberi gambaran buruk terhadap seluruh masyarakat Orang Asli.
Tambahnya, dakwaan itu tidak berasas dan amat mengguris perasaan Orang Asli seolah-olah mereka masyarakat yang cuba mengambil kesempatan atas kesempitan orang lain.
Kami melihatnya sebagai satu penghinaan bukan sahaja terhadap Tok Batin Asmmadi tetapi juga kepada seluruh institusi kebatinan, yang selama ini berperanan membantu masyarakat tanpa mengira kaum, terutama ketika berlaku kecemasan.
Wakil belia Orang Asli, Eris Joshan a/l Chew Ho Beng pula menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap individu yang menyebarkan kandungan berkenaan.
Orang Asli juga mempunyai maruah yang perlu dihormati kerana apa yang dianggap jenaka oleh sesetengah pihak boleh menjadi satu penghinaan yang memberikan kesan kepada seluruh komuniti.
Menurutnya, tok batin merupakan pemimpin yang dihormati dan menjadi tonggak kepimpinan dalam komuniti Orang Asli.
Eris berharap tindakan undang-undang yang setimpal dapat diambil terhadap individu terbabit sebagai pengajaran kepada orang ramai.
Pssttt! Bukan semua perkara boleh dijadikan bahan jenaka, lebih-lebih lagi apabila melibatkan maruah individu dan seluruh komuniti. Masyarakat Orang Asli yang membantu ketika kecemasan sepatutnya dihargai, bukannya dibalas dengan fitnah.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.





