“Orang Awam Di Malaysia Dah Tak Boleh Pelihara Anjing” – PU Riz Cadang Larangan, Kaitkan Dengan Isu Keselamatan

10 Sep 2026 • 9:48 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pendakwah selebriti, Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz, mencadangkan supaya orang awam di Malaysia tidak lagi dibenarkan memelihara anjing, terutama di kawasan bandar.

Cadangan tersebut disuarakan menerusi satu hantaran di Threads ketika isu keselamatan melibatkan anjing liar kembali menjadi perhatian ramai.

Advertisement

PU Haris

“Kalau tak keberatan, orang awam di Malaysia tak boleh dah pelihara anjing,” katanya.

Menurut Haris, terdapat batas tertentu dalam Islam berkaitan pemeliharaan haiwan berkenaan. Bagaimanapun, beliau berpandangan anjing mungkin masih diperlukan untuk tujuan tertentu seperti menjaga kebun.

Pada masa sama, Haris mengakui kurang selesa dengan kehadiran anjing, termasuk anjing yang dipelihara oleh jiran dan anjing liar yang berkeliaran.

Kenyataan tersebut muncul susulan kejadian seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang parah selepas diserang lima ekor anjing di Kampung Tambak, Peserai, Batu Pahat pada 5 September lalu.

Susulan kejadian itu, kerajaan Johor melancarkan operasi besar-besaran bagi menangkap anjing liar di kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, cadangan yang dikemukakan PU Riz itu merupakan pandangan peribadi dan bukan larangan rasmi terhadap pemilikan anjing di Malaysia.

Buat masa ini, pemilikan anjing masih tertakluk kepada undang-undang kecil serta syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan masing-masing.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

s2026-09-07 16:12:06

Diserang Lima Anjing Liar, Kanak-Kanak Parah Selamat Jalani Pembedahan - "Adik Sangat Lemah, Nafasnya Perlahan.."

The post “Orang Awam Di Malaysia Dah Tak Boleh Pelihara Anjing” – PU Riz Cadang Larangan, Kaitkan Dengan Isu Keselamatan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved