“Orang bukan tahu Abah sayang anak” – Hangat Isu Pukul Isteri, Hafidz Roshdi Selamba Tayang Video ‘Happy’

Entertainment
2 Mar 2023 • 6:05 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Dalam kehangatan didakwa terpalit isu pukul isteri sampai berdarah, pelakon Hafidz Roshdi muat naik satu video menunjukkan dirinya tidak terkesan dengan kontroversi yang sedang melanda sekarang.

“Kata la apa pun, orang bukan tahu Abah sayang anak” – Hafidz Roshdi

Dalam video tersebut, dilihat Hafidz begitu gembira dapat berjumpa dengan anak-anaknya, di samping satu klip video yang memaparkan dia mencium pipi anak sulung.

Video itu juga mempromosikan satu produk supplement untuk kanak-kanak sambil menunjukkan anak-anaknya sedang menikmati produk tersebut.

Di ruangan kapsyen, Hafidz menyatakan dia tidak kisah apa yang orang lain kata mengenai dirinya kerana baginya orang lain tidak faham betapa sayangnya dia dekat anak-anak.

“Kata la apa pun. Orang bukan tahu mcm mana Abah sayang anak2. Tanggungjawap dekat anak-anak tetap No Syahtttuu”

Dalam pada itu, Hafidz juga melampirkan hashtag yang menunjukkan dirinya sudah kembali solo iaitu #AbahMithali #DudaAnak2 #persatuandudaseanterodunia #kitabeliberas.

Selain itu, ruangan komen juga dilihat telah ditutup. Sebelum ini, adik kepada Nurul Shuhada telah mengesahkan bahawa kakaknya telah ditumbuk oleh suaminya sendiri di sebuah R&R pada awal pagi tadi.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.