Orang KL Boleh Tukar Botol Plastik Jadi Wang Dengan Mesin Kitar Semula Yang DBKL Sediakan Ini

19 Jun 2022 • 4:14 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Rumah korang ada banyak botol plastik kosong dan kertas-kertas yang dah digunakan lagi? Nak buang macam tu je rasa sayang kan. Kalau bakar pulak, tak pasal-pasal jadi pencemaran udara.

Ha, jangan risau, untuk warga Kuala Lumpur, anda boleh tukarkan barang-barang tersebut menjadi wang ringgit dengan mesin kitar semula ini.

image is not available

Menurut Berita Harian, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) baru-baru ini telah melancarkan mesin kitar semula yang membolehkan anda untuk mendapat ganjaran wang tunai untuk setiap barangan kitar semula yang dimasukkan ke dalam mesin tersebut.

Antara barangan yang boleh dikitar semula dengan mesin berkenaan ialah kotak minuman, botol plastik dan tin aluminium. Mesti banyak kat rumah korang kan, kalau tukar, confirm dapat banyak duit.

image is not available

Lagi bagus, ganjaran duit tadi akan terus dimasukkan ke dalam akaun bank korang.

Buat masa ini, mesin tersebut diletakkan di hentian bas depan Menara DBKL 2 dan pada masa akan datang, ia akan ditempatkan juga di kawasan tumpuan ramai seperti tempat pengangkutan awam dan Dataran Merdeka.

Menurut Datuk Bandar KL iaitu Datuk Seri Mahadi Che Ngah, langkah ini bertujuan untuk mengurangkan masalah sampah di ibu kota.

Barulah tak ada lagi sampah sarap kat tepi-tepi jalan kan.

So, tunggu apa lagi, orang KL, cepat-cepat la recycle botol plastik korang yang banyak kat rumah tu!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.