Orang Lembah Sireh takut tengok ramai warga asing

22 Oct 2026 • 9:25 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Orang Lembah Sireh takut tengok ramai warga asing

KOTA BHARU – Penduduk di sekitar Lembah Sireh di sini, mendakwa mereka sering melihat tidak kurang 10 warga asing berkumpul di Terminal Bas Kota Bharu di sini, pada waktu malam untuk menaiki kende­raan itu ke destinasi tertentu.

Hasmah Razak, 55, mendakwa, warga asing dari pelbagai negara itu menjadikan terminal bas itu sebagai lokasi tumpuan selain berkumpul di lokasi gelap sebelum bergerak ke tempat lain.

Katanya, walaupun mereka tidak mengganggu orang ramai tetapi penduduk setempat me­rasa takut apabila melihat mereka berkumpul.

“Bagaimanapun, saya difahamkan pihak berkuasa telah me­lakukan tangkapan susulan aduan orang ramai sejak dua minggu lalu,” katanya.

Mazlan Jusoh, 61, pula mendakwa, sebelum ini dia mendapat tahu warga asing yang berkumpul di sini mahu menaiki bas ke luar Kelantan.

“Ada kenderaan yang dipercayai membawa mereka ke kawasan Lembah Sireh sebelum mereka meneruskan perjalanan ke destinasi tertentu.

“Saya tidak tahu sama ada mereka dibawa ke kawasan ber­kenaan untuk bekerja kerana terdapat banyak projek pembinaan di Lembah Sireh,” katanya.

Sementara itu, Saripah, 35, berkata, dia sering melihat warga asing berada di sekitar Lembah Sireh selepas pukul 8 malam seolah-olah menunggu kenderaan untuk ke destinasi lain.

“Saya sering melihat mereka dibawa oleh penduduk tempatan.

“Sejak dua minggu lalu, jumlah mereka yang kelihatan di sekitar terminal bas semakin berkura­ngan selepas saya mendengar ramai yang ditahan pihak berkuasa,” katanya.

Saripah berkata, dia berharap pihak berkuasa meningkatkan pemantauan di sekitar Lembah Sireh bagi memastikan keselamatan penduduk setempat sentiasa terpelihara.

The post Orang Lembah Sireh takut tengok ramai warga asing appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved