Pelakon Janna Nick hairan dengan sikap segelintir individu yang terlalu mengambil berat mengenai perubahan fizikal wanita selepas melalui fasa kehamilan dan melahirkan anak.
Menurut pelakon berusia 31 tahun itu, isu berkaitan bentuk badan tidak sepatutnya dijadikan bahan kecaman memandangkan setiap wanita mempunyai pengalaman serta proses pemulihan yang berbeza selepas bergelar ibu.
AdvertisementOrang luar yang sibuk
Menerusi perkongsian di Threads, Janna berkata ada kalanya orang luar lebih sibuk bercakap mengenai fizikal seseorang wanita berbanding suami sendiri yang memahami pengorbanan isterinya.
Kadang-kadang orang luar, walaupun tidak ada kena-mengena, lebih sibuk bercakap tentang badan kita.
Aktres itu berkata sedemikian ketika memberi respon terhadap sindiran diterima penyanyi Najwa Latif baru-baru ini yang mengalami perubahan fizikal selepas melahirkan anaknya.
Bagi kata semangat buat para ibu
Janna turut menyifatkan komen sebegitu sebagai sesuatu yang tidak perlu, selain menitipkan kata-kata semangat kepada golongan ibu supaya terus kuat berdepan pandangan orang lain.
Jadi, teruskan kuat, semua ibu!”
Dalam hantaran berasingan, bintang filem Juang itu turut mengingatkan wanita supaya tidak mudah patah semangat hanya kerana menerima pandangan negatif daripada orang sekeliling.
Janna menyeru mereka supaya menjauhkan diri daripada pemikiran negatif, meneruskan perjalanan hidup dan tidak mudah berputus asa apabila berdepan cabaran.

Perkongsian tersebut kemudian mendapat perhatian peminat dengan sebahagian besar bersetuju bahawa perubahan fizikal selepas melahirkan anak merupakan perkara normal.
Ada juga pengikut yang berpandangan masyarakat seharusnya lebih berempati terhadap wanita selepas bersalin dan tidak menjadikan bentuk badan sebagai ukuran kecantikan atau nilai seseorang.
Bagaimanapun, segelintir netizen pula berpendapat selebriti perlu menjaga penampilan kerana mereka sering menjadi perhatian umum.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Kena 'Body Shaming' Badan Macam Tong Drum, Najwa Latif Tak Ambil Hati - "Saya Hormat Kebebasan Bersuara"
The post “Orang Luar Yang Lebih-Lebih, Sibuk Jela” – Janna Nick Pertahan Najwa Latif Isu ‘Body Shaming’ first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






