Cari suami mampu bimbing, faham agama – Nora Danish

Family & ParentingLifestyle
20 Sep 2026 • 1:30 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Cari suami mampu bimbing, faham agama – Nora Danish

PETALING JAYA – Pelakon Nora Danish mengingatkan wanita agar memilih pasangan hidup yang dapat membimbing, mengamalkan ajaran agama serta memahami perkahwinan merupakan satu amanah bersama.

Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif, 44, berkata, ujian dalam rumah tangga tidak pernah berakhir, namun perjalanan kehidupan lebih bermakna apabila pasangan memahami tanggungjawab.

“Ujian dalam rumah tangga memang takkan pernah habis. Tapi ada bezanya menghadapi ujian dengan seseorang yang faham bahawa perkahwinan itu amanah, bukan sekadar perasaan.

“Selain husnuzon, carilah suami yang mampu membimbing kita, yang memahami agama dan berusaha mengamalkannya.

“Belajar dan berubah bersama itu sebagai perkara indah,” katanya dalam hantaran di platform Threads.

Bagaimanapun, ibu tunggal kepada dua anak itu menegaskan wanita juga perlu jujur dalam menilai perubahan seseorang lelaki terutama ketika dia sedang berusaha memiliki hati individu terbabit.

Katanya, persoalan yang perlu diteliti adalah sama ada perubahan itu benar-benar lahir daripada keikhlasan untuk mendekatkan diri kepada Allah atau sekadar cara memiliki hati pasangan.

“Cuma, kita perlu jujur melihat, adakah dia berubah kerana Allah, atau sekadar untuk memiliki kita?

“Sebab kalau perubahan itu hanya bertahan selagi dia sedang mengejar, akhirnya kita yang penat berharap,” ujarnya.

Perkongsian Nora itu meraih respons netizen yang rata-rata berkongsi pendapat berkenaan kepentingan asas agama, tanggungjawab dan keikhlasan dalam membina kehidupan berumah tangga.

“Setuju. Jangan cuma cari lelaki yang pandai bercakap tentang agama, carilah yang akhlaknya buat kita nampak agama itu hidup. Sebab pasangan bukan sekadar teman hidup, dia juga teman menuju akhirat,” ujar seorang pengguna Threads

Begitupun, Nora hanya meluahkan pandangan sedemikian secara rambang tanpa memetik nama mana-mana pihak. – KOSMO! ONLINE

The post Cari suami mampu bimbing, faham agama – Nora Danish appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved