“Orang Malaysia baik-baik” – Kanak-kanak Berseorangan Tengah Jalan Diselamatkan Pemandu

Entertainment
30 Oct 2024 • 8:09 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, tular di media sosial video seorang kanak-kanak berlari di tengah-tengah jalan raya yang sibuk dengan kenderaan lalu-lalang.

Pun begitu, ramai tersentuh melihat pemandu-pemandu yang menggunakan jalan itu memberhentikan kereta mereka dan menyelamatkan kanak-kanak tersebut.

Malah, ada beberapa orang pemandu juga dilihat berlari meluru ke arah kanak-kanak tersebut untuk menyelamatkannya daripada dilanggar kenderaan lain.

Menurut laporan Kosmo!, rakaman dashcam insiden tersebut diambil pada hari ini dan difahamkan ia berlaku di sebuah kawasan di sekitar Serian, Sarawak.

Dalam hantaran yang dimuat naik oleh @akeemsharyzal di aplikasi X itu, rata-rata netizen memuji kepantasan rakayat Malaysia dalam menyelamatkan kanak-kanak itu.

image is not available

Bagaimanapun, setakat artikel ini ditulis masih belum ada kenyataan rasmi dari mana-mana pihak berkenaan insiden tersebut. Video itu menerima lebih 200 repost serta lebih 300 tanda suka di aplikasi X.

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.