“Orang Memang Takkan Berhenti Bercakap, Jadi…” – Uqasha Senrose Enggan Ulas Dakwaan Rumah Tangga Berantakan

EntertainmentLifestyle
9 Jan 2025 • 12:33 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, timbul persoalan daripada netizen mengenai mengapa kelibat pelakon, Kamal Adli tidak kelihatan di dalam video percutian pelakon, Uqasha Senrose bersama keluarganya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UQASHA SENROSE (@uqashasenrose2)

Ada juga netizen yang mendakwa pasangan pelakon ini seakan-akan kurang mesra kerana kurang memuat naik video atau foto mereka bersama di media sosial.

image is not available

Enggan isu tersebut terus menjadi buah mulut netizen, Uqasha atau nama lengkapnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen menegaskan bahawa dia tidak mahu lagi mengeluarkan sebarang kenyataan jika soalan sama masih diajukan.

Menurut Xtra, dia berkata, netizen tidak akan pernah berhenti bercakap mengenai isu tersebut.

Bukan dah tanya ke soalan ni? People not gonna stop talking, jadi saya tak akan komen mengenai isu sama.

image is not available

Sebelum ini, Uqasha sudah pernah menafikan dakwaan tersebut kerana dia berpendapat setiap pasangan suami isteri pasti akan melalui fasa pasang surut ketika berumah tangga.

Semua ada ups and downs, takkan semua benda nak share buruk baik dekat Instagram? Selagi tak sampai tahap ke mahkamah, jadi ia adalah perkara biasa.

 

Bagi saya dalam rumah tangga semua ada naik dan turun. Takkan nak kongsikan semua benda di media sosial?

image is not available 3 days ago

“Macam Dah Lama Tak ‘Post’ Dengan... ” - Uqasha Senrose Kongsi Video Bercuti Bersama Keluarga, Netizen Tertanya Dimana Kamal Adli