Uqasha Senrose Tegaskan Takkan Komen Lagi Isu Rumah Tangganya Bersama Kamal Adli

EntertainmentLifestyle
9 Jan 2025 • 1:03 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Uqasha Senrose Kamal Adli

Baru-baru ini, nama pelakon Uqasha Senrose hangat diperkatakan apabila suaminya, Kamal Adli tidak kelihatan dalam video percutian bersama keluarga yang dimuat naik di media sosial.

Ada juga yang mendakwa pasangan ini semakin jarang memuat naik gambar atau video bersama dan perkara itu menimbulkan pelbagai spekulasi mengenai hubungan mereka.

“Saya takkan komen lagi” – Uqasha Senrose

image is not available

Menurut laporan xtra, Uqasha menegaskan yang dia tidak akan memberi sebarang kenyataan lagi jika isu sama terus dipersoalkan.

Bukan dah tanya ke soalan ni? People not gonna stop talking, jadi saya tak akan komen mengenai isu sama.

Naik turun dalam rumah tangga adalah normal

image is not available

Sebelum ini, Uqasha sudah menafikan dakwaan pergolakan rumah tangganya. 

Menurutnya, setiap pasangan suami isteri pasti melalui fasa naik dan turun, dan perkara tersebut adalah normal.

Takkan semua benda nak share buruk baik dekat Instagram? Selagi tak sampai tahap ke mahkamah, jadi ia adalah perkara biasa.

Tambah Uqasha, tidak semua perkara dalam rumah tangga perlu dikongsikan kepada umum kerana privasi adalah keutamaan.

#OhmediaNasihat

Dalam hubungan suami isteri, fasa pasang surut adalah lumrah. Tidak perlu terlalu cepat membuat andaian berdasarkan apa yang dilihat di media sosial kerana tidak semua perkara wajar dikongsi. Hormati privasi pasangan dan fokuslah pada doa yang baik untuk mereka.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: xtra